Friday, October 29, 2010

MENCARI KETENANGAN YANG ABADI DARI DALAM

ENTAHHHH.....sukar untuk mentafsir tentang masa yang akan mendatang dalam hidup kita...tapi itulah yang kita harus lalui dalam hidup ini...tentang hari2 mendatang dalam hidup nie...
akan ku harungi kehidupan ini lebih bermakna walaupun sudah ku lalui suka duka dalam kehisupan ini sebelum ni...
adalah itulah makna sebenarnya kehidupan ini... bagi ku kesilapan itulah yang menjadikan kita lebih matang dalam mengharungi liku2 kehidupan hari2 mendatang dalam hidup yang fana ini...
Aku, Dia, Kamu, dan Hidup ini.....
Semoga Aku Menjadi Lebih Tabah Dalam Hidup Ini..

Tuesday, October 26, 2010

Ku Dan Kejayaan Di Hadapan

         Kadang kala berseorangan di pertengahan jalan ku menemui jalan buntu dan pada siapa harus ku bergantung dan berharap nasib melainkan pada diri sendiri... sentiasa diingatkan bahawa dalam kehidupan kita tidak lari dari melakukan kesilapan dan menghadapi kegagalan... sekiranya kita jatuh jangan lambat untuk semula...kerana yang di depan masih belum tiba di garisan penamat dan yang dihadapan masih belum terlewat untuk mengejar dan mencipta kemenangan.. gunakan peluang yang ada untuk mencipta kejayaan dan menikmati kemenangan...
         Kadang kala, apa yg kita inginkan tidak semestinya kita boleh miliki dengan mudah... apa yang harus dilakukan adla dengan usaha yang berterusan tanpa mengenal erti letih dan penat... itulah hasil kejayaan dan keinginan yang paling berkualiti yang boleh kita miliki... namun, tidak kebanyakan yang mampu berbuat demikian kerana memerlukan pengorabanan yang tinggi dan usaha yang gigih...

_untuk diri sendiri dan kepada siapa yang ingin berkongsi_

Wednesday, August 11, 2010

Salam sejahtera dan salam perpaduan buat semua...


Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma ini...sama2 lah kita melihat dan merenung sedalam2nya diri kita..adakah kita cukup dengan amalan soleh yang kita lakukan sebelum ini...saya ingin memperingatkan diri kita dan juga rakan2, saudara mara serta sesiapa sahaja, jika kita tidak pasti akan sejauh mana akan penerimaan Allah ke atas amalan kita selama ini, inilah masanya untuk kita sama2 merebut peluang yang ada dengan bersungguh-sungguh melakukan amal ibadat dengan sebanyak yang yang mungkin... sama2 lah kita saling ingat-mengintati rakan2 kita yang lain agar kita tidak digelar insan yang mementingkan diri sendiri dalam memperolehi kebaikan dalam hidup...saling peringat-memperingati itu adalah lebih baik dari berdiam seorang diri...

semoga dengan melalui bulan ramadhan pada kali ini dapat memberi sinar cahaya keimanan yang lebih baik dari sebelumnya..

segala yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu juga datang darinya namun telah ditakdirkan dan disandarkan ke atas kelemahan diri saya sendiri..

SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA INSAN MUSLIM..
Powered By Blogger