Wednesday, August 14, 2013

ASYIK CTER PUKUL ISTERI

xabis2 cter suami pukul isteri.,..

di mana lagi nilai kasih sayang kekluargaan suami isteri dalam rumah tangga...

di mana lagi nilai seorang lelaki melindungi kaum wanita sebagaimana yang disarankan dalam islam...

FIKIR DAN RENUNGKAN LAAAA....



cter retis







Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan

Semenjak mengenal erti Syawal, anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Noor Neelofa Mohd Noor tidak pernah meraikan perayaan terbesar umat Islam tersebut di luar daripada tanah tumpah darahnya, Kelantan.
Peredaran masa dan juga kitaran hidup manusia sekaligus mengajak Neelofa mengambil peluang yang tiba setahun sekali ini dengan menyambut pagi hening 1 Syawal di lokasi lain buat pertama kali dalam hidup pengacara ini iaitu di Alor Star, Kedah Darul Aman.
Negeri yang mendapat jolokan jelapang padi ini merupakan kampung kelahiran daddy Neelofa dan menurut pelakon yang pernah menuntut di sebuah boarding school di negeri itu, keputusan ini dibuat berikutan ramai adik beradiknya yang kini telah berumah tangga dan tidak pulang beraya di Kelantan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Seingat saya, sebelum ini saya tidak pernah merayakan Aidilfitri luar daripada Kelantan. Rasa teruja juga beraya di tempat lain dan semua family telah sebulat suara memilih untuk pulang berhari raya di Alor Star iaitu kampung daddy saya.
"Adik beradik yang berkahwin semua pulang beraya di rumah mertua jadi family saya memilih untuk menukar lokasi dan membawa yang masih bujang seperti saya pulang berhari raya di Alor Star. Teruja juga untuk merasakan sendiri kesyahduan pagi raya di tempat lain,"ceritanya yang telah pulang ke Alor Star dua hari sebelum menjelangnya Syawal.
Persiapan Syawal juga hanya ala kadar buat jelitawan Dewi Remaja itu.
"Persiapan saya sederhana sahaja, baju kurung kain kapas untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan cuaca yang sangat panas sekarang. Ada beberapa pasang dan saya ada menempah sepasang baju raya untuk pagi Syawal dan itu daripada Syaiful Baharim," katanya.
Neelofa juga turut melakar satu lagi catatan dalam perjalananan karier sebagai pelakon pada 8 Ogos lalu.
"8 Ogos bukan sahaja merupakan tarikh semua umat Islam menyambut Aidilfitri. Ia juga tarikh buat filem Lemak Kampung Santan ditayangkan di pawagam seluruh negara. Cakap pasal perasaan, sukar untuk digambarkan kerana rasa macam teruja untuk mengetahui sambutan penonton filem tempatan terhadap filem itu.
"Dalam masa yang sama takut juga kerana biasalah tidak semua yang kita buat orang suka. Tetapi saya boleh jamin Lemak Kampung Santan menampilkan jalan cerita dan penyampaian yang berbeza daripada filem-filem yang sering dibuat di negara ini.
"Diharapkan Syawal kali ini rezeki saya terutamanya untuk Lemak Kampung Santan dipermudahkan oleh Allah SWT, amin,"ucap Neelofa mengakhiri perbualan.

Movie..layann













glerrr...bowring2 gi layang cterr "The Conjuring"...

 Terkejut, Seramm...


nak tau best ke xbest.. pi layan sendiri...hahaaa

Mod RayEeee!!!

 

indah nya ramadhan namun telah pon berlalu pergi... kita syawal dtg membawa keriangan bg stiap insan yang tahu erti sebuah kemenangan dalam diri setalah sebulan berjuang..

tapi bgi aku mcm ada yg kurang raya pada kali ini.. aku pon xtau kenapa.. dan kenapa jugak buat aku rasa macam tuu..

mungkin ujian agaknya tuk aku tempuhi dan lalui dgn penuh rasa sabaq dan redha dgn kehendakNya...

Hmmmm...macm ni la hidup.. lumrah ada kalanya suka, adakalanya duka, sdey, gembira dan mcm2 algi prasaan yg slalunya kita lalui...

Boringnya rasa....smbil2 typing entri ni layan sinar.fm pon ley best jgk.,..ahahaha

Haaaaa...buat kgkawan pembaca sume mcm ne dgn korg raya pada kali ni...?? OK x...

yang dok jauh dr kluarga bst nya dpt rsa blk kpg kn..uhuhuuu..
 bila laaa aku dapat rsa cmtuu kan... tringin plak... padahal da elok da cmni... xpayah nk rebut2 ruang jalan raya dgn jem nyer knnnnn... =)

Friday, July 26, 2013

HIDUP ADALAH SATU PERJALANAN



Semua Orang Percaya Qada & Qadar sudah di tetapkan ke atas kita...
Dan Yakin serta Peracaya bahawa Jodoh, Maut, Hidup, Pertemuan dah tertulis untuk Kita....






Dan Aku..........................

Sesungguhnya aku tidak pernah menolak sesuatu yang baik itu dalam hidup aku...

Tetapi hari ini, aku perlu menguatkan diri dalam menentukan masa depan... yang mana baik untuk keluarga aku sekarang mahupun masa depan keluarga yang bakal di bina nanti...

Tindakan tidak perlu terburu-buru... Perancangan harus Teliti... Keputusan perlu dibuat dengan bijak demi kebaikan kedua pihak...

Ntah mengapa perlu mengambil masa yang lama dlm membuat keputusan... hingga hari ini aku masih memikir adakah tindakan dan keputusan yang dibuat ini adalah pilihan yang tepat atau sebaliknya...

aku selalu berdoa dan memohon petunjuk ilahi agar diberi kekuatan serta petunjukNYA ...

Kenapa tiba-tiba aku diuji sebegini...kenapa aku diduga sebegini... adakah ia baik untuk masa depan ku atau sekadar untuk menguji tahap kemampuan aku serta kesabaran aku dalam hidup... hingga hari ni aku masih dalam kekeliruan... 

sedangkan aku perlu merantau dan mencari rezki yang lebih baik dan sempurna bagi menjamin kehidupan yang lebih teratur dan menjamin masa depan ku dan keluarga.... keliru... aku keliru....!!!

Semoga Allah memberi petunjuk pada ku dan mereka jua agar yang terbaik telah ditetapkan olehMU Ya Allah...

Aku Berserah & Berharap....

~Aku~

Sunday, June 30, 2013

KEBERKATANNYA

Ambik masa skejap tuk bersama blog nie...

bila da lama xupdate blog rasa mcm suatu kkurangan jerr...

apepon cme nk share smthg dlm blog nie... 
alhamdulillah....berkat rezki dan barakah yg dinikmati sebelum nie... rezeki yang aku dpt masih lagi berterusan.... SYUKUR pada MU Ya Allah..Semoga ku akan terus menikmati rezki dan rahmat Mu Ya Allah...

Betul kata ustaz, mak, abah mahupun orang tua2... selagi mana kita membelanja kan rezki yang kita dpt tu dgn berkongsi atau membantu mereka yang memerlukan, pasti rezki itu akan berterusan tanpa henti dan terus datang pada dengan berkatnya tanpa kita duga...

Jadi cume nk berkongsi bersama kgkawan, klu kita dpt rezki itu bukan sume nya lagi milik kita... jadilah bijak lah membahagikan nya ke jalan yang membawa barakah...  tak letak dalam diri rasa xcukup itu...kerana apabila lagi banyak keluarkan nya, lagi bertambah ia mendatang kepada kita.... 

Yang penting kena IKHLAS...... =)

 OK LAAA....sama-sama lah sucikan harta kita dengan bersedekah...=)  


Chayoookkkk/././/

Saturday, May 25, 2013

INDAH HIDUP BERKELUARGA

Assalamualaikum..wbt...


Dalam bakul ada kaca,
pergi ke sawah membawa sabit,
   Mohon maaf kepada pembaca,
   Sebab dah lama blog ni x update..~~


Amboi berpantun plak yerr..hikhikhikkk...\\
   just suka suki...=)

Da lama menyepi...sbuk sgt ke aku nie...hohohoo..

sbuk dgn apa?? PRU13 kah?? Kenduri kah?? Keje kahh..??
  hmmmm...ape2 je laa...

ni pon amende yg yg aku tulis pon aku xtau... dok meleret jerr mrapu ni haaa....

nk bg hilang boring la konon nya....

hukhukhukkk....

Sesungguhnyaa mmg aku tgh boring pom...hahahaha

WAAAAAA...dalam tahun nie umum nya, dan bulan nie khususnya byk sungguh kenduri...
yg aku dapat jemputan pon byk jgk...

sdara sj dok ada bpe jemputan kenduri,,, xkira kawan2 lagi...dok ada lebih dari 3 jemputan....
yg dah btunang jgn di tya...byk jgk,.....\

 perhhhhhh.....ramai dah kwn2 aku yg da jijak ke alam perkahwinan...yg aku nie bila lagi laaaa agknya yekkkk...
hmmmm..biar laa dulu bg semua dah agak stabil...baru pikio...hukhukhukkk...

Org ramai dah dok bertanya...baik sdara, kawan2....apatah lagi org kampung...tp aku ngn steady neyerr menjawab...insyllah klu da rezki xkmana....

Peracangan aku masih belom dalam capian nya lagi...jd xperlu laa nk kelam kabut kannn.....

Biar semua da ok baru pikir sebenarnya apa langkah seterunya yg perlu dibuat...

Apapon TAHNIAH kepada semua kengkawan yang telah melangsungkan perkahwinan dan yang bakal melangsungkan perkahwinan...semoga ikatan yang terbina ini akan berkekalan hendaknya hingga ke Syurga...=)

Xlupa juga kepada mereka yang telah melangsungkan majlis pertunangan...semoga semua nya berjalan lancar dan sempurna dan mendapat keberkatan dari NYA....

DOA aku semoga ikatan kekeluargaan yang terbina dapat dikekalkan hingga ke akhir hayat seterusnya ke SYURGA kannnn....

 EHHHHH...sebelum xlupa jgk kpd pembaca2 blog ini yg mgkin juga telah melangsungkan perkhwinan dan majlis pertunangan sekali pon....

Semoga berkekalan YERRRRR....

 Ok laa...satakat tu je kot buat kali ini....Hope akan terus updte tuk akan datang... TQ guys pada yg membaca...

Blog just suka2 jerr tuk isi masa lapang dan berkongsi cerita...

BYEEE>>>>

Thursday, May 16, 2013

TERASA MAKIN KUAT DI UJI

Kian lama kian kuat di uji perasaan ini...
Dari hari ke hari semakin kuat juga aku di duga dgn bermacam ujian dan cbrn hidup ini....
Sungguh byk cbran yg harus aku lalui... terlalu kuat cbrn dan rintngn yg harus ku tempuhi...
Aku xmampu Ya Allah untuk ku tempuhi nya tnpa bantuan dan perlindungn dari Mu... bgitu jelas terasa Sesungguhnya Engkau maha berkuasa lagi penyayang ke atas hamba2Mu... aku redha Ya Allah di atas sgala ujian yg Kau letakkan ke atas diriku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui di atas apa yg Engkau tetapkn ke atas hamba2Mu...

YA RABBAL'ALAMIN...

Tuesday, January 1, 2013

TAHUN BARU 2013

Salam Tahun Baru 2013...



semoga beberapa perancangan yang ditetapkan pada tahun ini dapat dicapai dengan jaya nya...

pelbagai strategi yang diatur, beserta gerak kerja yang konsisten, timeline yang sistematik ,smoga dpat membantu dan memastikan target tercpai pada tahun ini...

pergi nya hari semalam (31 Dis.2012,Isnin) bermakna berakhir lah tahun 2012 dan patut ucapkan selamat tinggal pada memori dan pelbagai pkara yang tidak perlu aku ingat..!!!
Namun segala penglaman yang pkara baik harus aku ambik dan dijadikan pedoman dan panduan untuk aku pada tahun ini dan seterus-sterusnya........

Mungkin perginya tahun-tahun lepas menjadikan aku akan lebih matang dalam stiap tindakan dan membuat keptusan....

Tahun 2012 jugak banyak pkara suka duka yang telah aku lalui.... itu rasanya biasalah kepada semua orang!!! Namun bagi aku Tahun lpas adalah tahun yang amat bermakna pada aku dan merupakan tahun permulaan untuk berdepan dengan Dunia REaliti ini yang penuh dengan pancaroba yang memerlukan kekuatan dalam segala ASPEK ROHANI dan JASMANI... Kekuatan Mental dan Emosi adalah tonggak Utama juga Dalam menentukan Kejayaan Seseorang dalam Hidup nya.....

Begitu juga pada teman tersayang, smoga impiannya tercapai jua... Tidak lupa juga kepada kawan-kawan seperjuangan dan sahabat-sahabatku kasihi..... perjalanan hidup kini terletak pada kebijaksanaan kita dan keputusan yang kita ambil pada hari ini... Oleh itu, Berbijak lah dalam menentukan dan memilih untuk membuat keputusan....



Sekian sahaja dari aku....Wassalam...
Powered By Blogger