Wednesday, August 14, 2013

ASYIK CTER PUKUL ISTERI

xabis2 cter suami pukul isteri.,..

di mana lagi nilai kasih sayang kekluargaan suami isteri dalam rumah tangga...

di mana lagi nilai seorang lelaki melindungi kaum wanita sebagaimana yang disarankan dalam islam...

FIKIR DAN RENUNGKAN LAAAA....



cter retis







Neelofa Raya Di Kedah dengan Lemak Kampung Santan

Semenjak mengenal erti Syawal, anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang, Noor Neelofa Mohd Noor tidak pernah meraikan perayaan terbesar umat Islam tersebut di luar daripada tanah tumpah darahnya, Kelantan.
Peredaran masa dan juga kitaran hidup manusia sekaligus mengajak Neelofa mengambil peluang yang tiba setahun sekali ini dengan menyambut pagi hening 1 Syawal di lokasi lain buat pertama kali dalam hidup pengacara ini iaitu di Alor Star, Kedah Darul Aman.
Negeri yang mendapat jolokan jelapang padi ini merupakan kampung kelahiran daddy Neelofa dan menurut pelakon yang pernah menuntut di sebuah boarding school di negeri itu, keputusan ini dibuat berikutan ramai adik beradiknya yang kini telah berumah tangga dan tidak pulang beraya di Kelantan seperti tahun-tahun sebelumnya.
"Seingat saya, sebelum ini saya tidak pernah merayakan Aidilfitri luar daripada Kelantan. Rasa teruja juga beraya di tempat lain dan semua family telah sebulat suara memilih untuk pulang berhari raya di Alor Star iaitu kampung daddy saya.
"Adik beradik yang berkahwin semua pulang beraya di rumah mertua jadi family saya memilih untuk menukar lokasi dan membawa yang masih bujang seperti saya pulang berhari raya di Alor Star. Teruja juga untuk merasakan sendiri kesyahduan pagi raya di tempat lain,"ceritanya yang telah pulang ke Alor Star dua hari sebelum menjelangnya Syawal.
Persiapan Syawal juga hanya ala kadar buat jelitawan Dewi Remaja itu.
"Persiapan saya sederhana sahaja, baju kurung kain kapas untuk memudahkan pergerakan dan sesuai dengan cuaca yang sangat panas sekarang. Ada beberapa pasang dan saya ada menempah sepasang baju raya untuk pagi Syawal dan itu daripada Syaiful Baharim," katanya.
Neelofa juga turut melakar satu lagi catatan dalam perjalananan karier sebagai pelakon pada 8 Ogos lalu.
"8 Ogos bukan sahaja merupakan tarikh semua umat Islam menyambut Aidilfitri. Ia juga tarikh buat filem Lemak Kampung Santan ditayangkan di pawagam seluruh negara. Cakap pasal perasaan, sukar untuk digambarkan kerana rasa macam teruja untuk mengetahui sambutan penonton filem tempatan terhadap filem itu.
"Dalam masa yang sama takut juga kerana biasalah tidak semua yang kita buat orang suka. Tetapi saya boleh jamin Lemak Kampung Santan menampilkan jalan cerita dan penyampaian yang berbeza daripada filem-filem yang sering dibuat di negara ini.
"Diharapkan Syawal kali ini rezeki saya terutamanya untuk Lemak Kampung Santan dipermudahkan oleh Allah SWT, amin,"ucap Neelofa mengakhiri perbualan.

Movie..layann













glerrr...bowring2 gi layang cterr "The Conjuring"...

 Terkejut, Seramm...


nak tau best ke xbest.. pi layan sendiri...hahaaa

Mod RayEeee!!!

 

indah nya ramadhan namun telah pon berlalu pergi... kita syawal dtg membawa keriangan bg stiap insan yang tahu erti sebuah kemenangan dalam diri setalah sebulan berjuang..

tapi bgi aku mcm ada yg kurang raya pada kali ini.. aku pon xtau kenapa.. dan kenapa jugak buat aku rasa macam tuu..

mungkin ujian agaknya tuk aku tempuhi dan lalui dgn penuh rasa sabaq dan redha dgn kehendakNya...

Hmmmm...macm ni la hidup.. lumrah ada kalanya suka, adakalanya duka, sdey, gembira dan mcm2 algi prasaan yg slalunya kita lalui...

Boringnya rasa....smbil2 typing entri ni layan sinar.fm pon ley best jgk.,..ahahaha

Haaaaa...buat kgkawan pembaca sume mcm ne dgn korg raya pada kali ni...?? OK x...

yang dok jauh dr kluarga bst nya dpt rsa blk kpg kn..uhuhuuu..
 bila laaa aku dapat rsa cmtuu kan... tringin plak... padahal da elok da cmni... xpayah nk rebut2 ruang jalan raya dgn jem nyer knnnnn... =)
Powered By Blogger